Seminar Aspirasi Lenggong Geopark
07 September 2020

​Menteri KeTSA YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah merasmikan Seminar Aspirasi Lenggong Geopark di Lenggong, Perak pada 7 September 2020. Seminar ini merupakan platform promosi dan kesedaran kepada orang awam  mengenai konsep geopark.

 

Turut hadir di program tersebut adalah Timbalan Menteri KeTSA YB Tuan Ali Biju.

 

Lenggong telah dipilih dan dirancang sebagai Geopark Kebangsaan Kedua di Negeri Perak selepas Geopark Lembah Kinta. Kawasan Lembah Lenggong terletak di dalam landskap bukit batu kapur dan granit yang bukan sahaja kaya dengan nilai-nilai warisan geologi malah dikurniai dengan kepelbagaian biologi, arkeologi, sejarah dan budaya setempat yang saling melengkapi.

 

Pemilihan Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan akan dapat meningkatkan industri pelancongan serta merancakkan lagi ekonomi masyarakat setempat khususnya di daerah Lenggong.

#KeTSA

#Geopark

#LembahLenggong

 

 

 

Attachments